Malaysian Philosophy Olympiad (MyPO) - PPFPM

Malaysian Philosophy Olympiad (MyPO) merupakan program pertandingan penulisan Esei Falsafah yang dilaksanakan oleh ahli PPFPM untuk pelajar peringkat Sekolah rendah, Sekolah Menengah dan Kolej. Tujuan perlaksanaan pertandingan ini adalah untuk menyaring pelajar-pelajar sekolah di Malaysia untuk mewakili negara ke pertandingan International Philosophy Olympiad (IPO).  Selepas saringan MyPO, para pelajar yang terpilih akan dilatih oleh ahli-ahli PPFPM dalam Kem Bengkel IPO selama 1 minggu  untuk memilih 2 orang pelajar mewakili Malaysia ke IPO.  Berikut adalah carta proses saringan program MyPO.

 

 

  • Saringan MyPO Bermula

    Para peserta akan mengisi borang secara online dan menjawab salah satu  daripada 6 soalan falsafah dengan menulis esei tidak kurang daripada  1000 patah perkataan.  Selain itu, para peserta akan diberikan jangka masa selama 1 bulan untuk mengisi borang dan menjawab  soalan esei falsafah.

  • Penutupan Saringan dan Semakan Esei

    Pada peringkat ini, para peserta yang telah menjawab soalan esei falsafah akan disemak dan diperiksa oleh ahli-ahli jawatan kuasa pemeriksa PPFPM untuk memilih 30 esei terbaik di kalangan para peserta. Peserta-peserta terpilih akan dibawa ke saringan kedua iaitu Kem Bengkel IPO.

  • Kem Bengkel IPO dan Saringan Kedua

    Setelah 30 peserta terbaik dipilih, peserta-peserta akan dijemput untuk menghadiri Kem Bengkel IPO selama 1 minggu untuk saringan kedua. Di dalam saringan ini, para peserta akan diberi peluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti latihan seperti,

    • Menghadiri kuliah-kuliah falsafah
    • Berdebat dan muhasabah diri
    • Teknik-teknik pengujahan dalam penulisan esei falsafah.

    Pada akhir program Kem Bengkel IPO,  para peserta akan menhadiri ujian bertulis selama 4 jam. Esei para peserta akan disemak oleh AJK pemeriksa PPFPM untuk memilih 2 esei peserta terbaik sebagai wakil kepada Malaysia untuk ke IPO.

  • Latihan Intensif terhadap 2 Peserta Terpilih

    Pada peringkat, ini 2 pelajar terpilih akan diberi latihan intensif oleh ahli-ahli PPFPM untuk meningkatkan kualiti penulisan esei falsafah sebelum berangkat ke pertandingan IPO.

  • Pertandingan IPO

    Pada peringkat ini 2 pelajar terpilih akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih Dr Alinor untuk  menghadiri pertandingan IPO yang diadakan di luar negara selama beberapa hari. Kos penerbangan, penginapan dan makan akan ditanggung oleh pihak PPFPM dan pihak pengurusan IPO.

Syarat-syarat penyertaan

  • Peserta/Pelajar mestilah terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah atau pelajar kolej (sebelum kemasukan universiti).
  • Umur Peserta tidak melebihi dari 19 tahun
  • Warganegara Malaysia yang bersekolah di dalam Malaysia. Pelajar dari sekolah selain negara Malaysia tidak akan diterima.
  • Penulisan esei Falsafah mestilah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa lain tidak akan diterima.