IPO 2019 - PPFPM

International Philosophy Olympiad  2019 telah diadakan di Rome , Italy pada 16-19 Mei 2019. Sebanyak 101 pelajar terlibat dari 49 buah negara dan terdapat 28 pelajar telah dipilih sebagai penerima anugerah dan pingat. Di dalam pertandingan IPO 2019, terdapat 2 sesi pusingan. Pada pusingan pertama, pelajar-pelajar akan mengarang Esei Falsafah selama 4 Jam dan diperiksa oleh 4 pemeriksa. Pelajar-pelajar yang memiliki markah sekurang-kurangnya 7/10 akan dipilih untuk ke pusingan kedua.

Bagi pusingan kedua, pelajar-pelajar akan mengarang esei falsafah dan diperiksa oleh sekurang-kurangnya 6 pemeriksa. Pemenang Pingat dan anugerah Honourable Mention akan ditentukan oleh Steering Board.

Dr Mohd Alinor Bin Abdul Kadir merupakan Ketua Jurulatih bagi Pasukan Malaysia untuk IPO semenjak dari tahun 2018.

Dalam IPO 2019,  Mohd Amir Rafiq Bin Mohd Rafee merupakan pelajar kedua dari Pasukan Malaysia yang telah berjaya memenangi anugerah Honourable Mention .

Kini Pasukan Malaysia telah mendapat 2 anugerah Honourable Mention dalam 2 tahun berturut-turut.

Tahniah kepada pasukan Malaysia !!