IPO 2018 - PPFPM

International Philosophy Olympiad  2018 telah diadakan di Bar , Montenegro pada 23-27 Mei 2018. Sebanyak 101 pelajar terlibat dari 49 buah negara dan terdapat 28 pelajar telah dipilih sebagai penerima anugerah dan pingat. Di dalam pertandingan IPO 2018, terdapat 2 sesi pusingan. Pada pusingan pertama, pelajar-pelajar akan mengarang Esei Falsafah selama 4 Jam dan diperiksa oleh 4 pemeriksa. Pelajar-pelajar yang memiliki markah sekurang-kurangnya 7/10 akan dipilih untuk ke pusingan kedua.

Bagi pusingan kedua, pelajar-pelajar akan mengarang esei falsafah dan diperiksa oleh sekurang-kurangnya 6 pemeriksa. Pemenang Pingat dan anugerah Honourable Mention akan ditentukan oleh Steering Board.

Sebanyak 3 orang mendapat pingat emas,  3 pingat perak , 5 pingat gangsa dan 16 orang telah mendapat anugerah Honourable Mention dalm IPO 2018.

Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Dr Alinor Bin Abdul Kadir adalah negara yang pertama kali terlibat di dalam aktiviti IPO pada 2018. Bagi Pasukan Malaysia di IPO 2018, Tzu Kit Chan merupakan pelajar pertama dari Pasukan Malaysia yang telah berjaya memenangi anugerah Honourable Mention.

Tahniah kepada pasukan Malaysia!!

Gambar Pasukan Malaysia IPO 2018