Permasalahan Epistemologi: Enigma Kesedaran dan Kaitannya dengan Kosmologi Melayu - PPFPM

by ppfpm
1 year ago
68 Views
Oleh Azree Nazri.
Muat turun fail PDF.

Kesedaran adalah halus tetapi tidak ghaib. Kehadirannya secara mudah dapat diperhalusi apabila sedang mendiskriminasikan situasi gelap dan cerah. Tetapi jika diteliti, kecerahan/kegelapan yang sampai ke saraf yang berasal dari mata dan kemudian ke otak adalah tidak penting untuk fungsi kesedaran. Si buta penglihatan tidak buta mata kesedarannya kerana di dalam kebutaannya dia masih lagi mampu untuk membayangkan warna, bentuk dan mimpikan kebendaan. Yang paling menghairankan, fotodiod yang sensitif cahaya juga dapat mengecam keadaan cerah dan gelap. Bilamana cahaya dipasang, meningkatkan arus di dalam litar, ia menyala, dan jika lampu dipadamkan, arus di dalam litar jatuh kepada kosong, ia tidak menyala. Adakah fotodiod juga sedar keadaan gelap dan cerah, seperti mana kita? Keupayaan untuk mendiskriminasikan diantara cahaya dan gelap datangnya dari sel-sel tertentu pada bahagian tertentu dalam otak. Secara prinsipnya, sel sel ini hanyalah fotodiod-fotodiod yang diperbuat daripada daging. Memandangkan manusia seolah-olah mendapat satu pengalaman sedar cerah dan gelap yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti sel-sel fotodiod ini daripada satu kawasan di dalam otak, maka, kenapa fotodiod juga tidak dikatakan mempunyai satu pengalaman sedar cerah dan gelap. Kelihatan mudah untuk disangkal, tetapi apakah perbezaan kritikal seminar falsafah malaysia iii diantara fotodiod dan kita, jika dapat dibangkitkan satu? Apakah tindak balas fotodiod sensitif cahaya apabila didedahkan dengan bunyi, bau dan kesakitan? Mungkin prinsip kecukupan alasan dapat digunakan disini: sesuatu terjadi mesti ada sebabnya. Mesti ada beberapa tatacara yang perlu dipenuhi sebelum aktiviti sel-sel tertentu di dalam korteks visual dapat dikaitkan dengan pengalaman sedar cerah dan gelap, di mana aktiviti fotodiod tidak. Adakah alam kuantum mempengaruhi fenomena ini? Apakah hubungan kesedaran dengan kosmologi Melayu.

Baca selanjutnya:

 [googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1Z_JXaP7XzjMphwn_IUDCaWjqVl3IxIXy/preview” query=”” width=”800″ height=”1100″ /]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *