Identiti dan Pertimbangan Keadilan - PPFPM

by ppfpm
10 months ago
37 Views
Oleh Hazman Baharom.
Muat turun fail PDF.

Prinsip keadilan pertama yang digariskan Rawls adalah melibatkan keutamaan terhadap jaminan kebebasan individu, serta hak yang sama rata terhadap kebebasan tersebut wajar dirasai setiap insan. Pada masa yang sama, apabila kita meninjau hakikat masyarakat majmuk—budaya, kaum, agama, kelas, dan sebagainya—kita akan dapati bahawa kebanyakan pertimbangan terhadap sesuatu perkara peribadi ditentukan oleh identiti yang dibawa bersama seseorang individu itu juga. Tambahan lagi, kumpulan beridentiti (identity groups) merupakan hasil gabungan individu yang mengandung konstruk identiti yang dikongsi bersama. Hal ini akan tambah merumitkan keadaan apabila (1) kebebasan individu yang hendak dijamin boleh diragui keabsahannya dan (2) jika berlakunya percanggahan antara kehendak kumpulan beridentiti dengan tindakan individu yang menganggotainya. Perlu diingat, dalam sebuah masyarakat majmuk, bukan sahaja hal-hal utilitarian yang wajar diambil kira dalam pertimbangan dasar awam, tetapi nuansa kebudayaan juga perlu dititikberatkan. Justeru, kertas ini akan meninjau masalah yang bakal dihadapi prinsip keadilan pertama Rawls dalam konteks masyarakat yang memiliki pelbagai kumpulan beridentiti; yang bukan sahaja perlu diiktiraf, tetapi juga dipelihara kewujudan mereka oleh institusi politik supaya konsisten dengan ideal “kehidupan yang baik” (the good life) dalam kalangan anggota sesuatu kumpulan. Lewat kertas ini, saya akan menilai hujahan di peringkat politik, dan merumuskan bahawa kerangka Rawls berupaya dikembangkan dari sudut ini dengan memberi prioriti kepada pilihan individu tanpa memusnahkan kehendak sesuatu budaya, agama, atau kelompok.

Baca selanjutnya:

[googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1KnQqtTcppIdaKRwu1fnMW7rYS45lin2X/preview” query=”” width=”800″ height=”1100″ /]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *