Falsafah Undang-Undang Hak Asasi Manusia (HAM) menurut Dworkin: Satu Pengenalan - PPFPM

by ppfpm
10 months ago
41 Views
Oleh Ikmal Hisham Md. Tah.
Muat turun fail PDF.

Wacana Hak Asasi Manusia (HAM) terutamanya aspek perundangan banyak dicorakkan oleh pandangan dan idea dari Barat. Menerusi zaman Inquiry dan Renaissance diikuti oleh pelbagai revolusi seperti Revolusi Perindustrian, Amerika dan Perancis telah merubah pandangan Barat mengenai konsep HAM. Dengan kewujudan Deklarasi Pengisytiharan HAM Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948, konsep HAM telah memasuki fasa baru dalam mendapat pengiktirafan umat sejagat menerusi konsep keadilan, kesaksamaan, tiada diskriminasi dan semangat kesatuan. Salah seorang ahli falsafah undang-undang iaitu Prof Ronald Dworkin telah membincangkan konsep HAM menerusi pandangan beliau dalam beberapa karyanya berjudul Law’s Empire, Taking Rights Seriously dan Justice for Hedgehogs. Dworkin merupakan ahli falsafah undang-undang yang menekankan tentang pentingnya pandangan dari sisi ketiga undang-undang iaitu menerusi teori interpretif. Pandangan beliau mengenai falsafah undang-undang adalah lebih bersifat majmuk dan tidak terhad kepada positifisme, naturalisme dan sosiologi. Dworkin telah menekankan konsep HAM melalui teori interpretif undang-undang yang menekankan tentang kepentingan moral, agama dan etika di dalam pembuatan undang-undang terutamanya di dalam karya beliau Justice for Hedgehogs Pandangan beliau berkaitan undang-undang agak menarik untuk diperhatikan terutamanya dalam konteks negara seperti Malaysia yang mempunyai keragaman undang-undang yang bercampur di antara sivil dan Islam terutamanya dalam konteks HAM.

Baca selanjutnya:

[googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1uWT12ViKGdZwNnno5Ng7mLXF_N7DFUkC/preview” query=”” width=”800″ height=”1100″ /]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *