Eugenik dan Masa Depannya di Malaysia - PPFPM

by ppfpm
11 months ago
43 Views
Oleh Firdaus Akil.
Muat turun fail PDF.

Sewaktu Seminar Falsafah Kebangsaan pada bulan Ogos tahun 2014 bertempat di Bangi, Selangor yang saya telah hadir sebagai pembentang dalam membentangkan tentang biopolitik-tanatopolitik secara ringkas, saya ada menyediakan beberapa persoalan pada akhir pembentangan sebagai isi-isi perbincangan, dan isi berkenaan eugenik adalah salah satu daripadanya. Maka kertas yang berjudul Eugenik & Masa Depannya di Malaysia ini, pada sekitar Ogos 2015 sekarang adalah sebuah lanjutan daripada pembentangan saya yang pertama pada waktu itu.

Eugenik menurut saya, dalam bahasa senangnya, ialah usaha kita untuk mewujudkan keturunan yang baik-baik. Lantas, takrifan keturunan yang baik-baik itulah yang perlu dirincikan, termasuklah takrifan eugenik yang kita akan lihat dalam bahagian seterusnya. Beberapa persoalan yang lahir sepanjang pembacaan berkenaan eugenik ini berlangsung, ialah: Siapa yang patut dilahirkan? Siapa pula yang tak wajar dilahirkan? Kenapa kita perlu meneliti kriteria untuk manusia yang bagus jika dilahirkan dan manusia yang tak bagus jika dilahirkan? Apakah kelahiran seseorang itu menjamin kebaikan untuk semua insan, ataupun sebaliknya? Ada banyak lagi persoalan yang saya terfikirkan, tapi sementara ini, kita tak perlu pergi lebih jauh. Cukuplah beberapa soalan yang saya kira bersifat pokok terlebih dahulu. Sekali pandang, seakan soalan-soalan tersebut terlalu bersifat melampaui kebolehan manusia untuk memahami masa depan, kerana manusia bukannya tuhan (atau insan yang mengetahui semua perkara). Tapi memandangkan dunia yang kita hidup sekarang ini bersifat terhad sumbernya, dan tak semua orang akan dapat apa yang mereka hasratkan, maka manusia ada pilihan: samada untuk mengawal sumber, atau mengawal insan yang mengguna pakai sumber, ataupun kedua-duanya sekali. Dan perihal eugenik ini saya pandang sebagai langkah yang mengawal insan yang mengguna pakai sumber. Lagipun, disiplin eugenik ini saya lihat sebagai ruang di mana sains biologi (atau, sains genetik) yang kuat mempengaruhi dasar awam.

Baca selanjutnya:

[googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1Nhc1-CI6j6WqYDIe2mxBuVZ8ggRLm5qB/preview” query=”” width=”800″ height=”1100″ /]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *