Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat - PPFPM

by ppfpm
11 months ago
38 Views
Oleh Imran Rashid.
Muat turun fail PDF.

Makalah ini bertujuan untuk cuba menganalisis perbahasan teoretikal dua filasuf marxisme kontemporari yang cukup tersohor: Slavoj Zizek dan Ernesto Laclau, tentang peranan sejarah dan ruang transformasi sosial. Pendekatan Laclau yang bertemakan “Logic of Contingency” dan historisisme manakala pegangan Zizek yang masih lagi dalam legar Marxis ortodoks yang mahu mengekalkan pertentangan kelas dan “Ahistorical Motor of History” menjadikan pertembungan antara kedua figura ini sebagai satu pertembungan yang sangat kontras. Lebih menarik lagi ialah bukan sahaja keduanya bertaut rapat dan mempasakkan hujah mereka menggunakan tradisi idea yang sama: Psikoanalisis Lacan, malah tema-tema seputar perbahasan mereka juga menyentuh isu-isu besar dalam falsafah, misalnya soal Determinism vs Invidualism, Objectivisme vs Subjectivisme. Makalah ini dapatlah dibahagikan kepada lima bahagian Utama dan isi hujah lebih tertumpu pada respons Zizek ke atas Laclau. Makalah ini juga akan cuba berhujah bahawa merit perbahasan kedua tokoh ini jelas lebih menyebelahi sudut pandang Zizek.

 

Baca selanjutnya:

[googleapps domain=”drive” dir=”file/d/1GJ2Gfp5nYDoCiDvI3hWyI9_YaA3OUCMc/preview” query=”” width=”800″ height=”1100″ /]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *